Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam ingin memaklumkan mengenai kemudahan Surau @PTAR yang telah ditambahbaik kepada ruang yang lebih besar dan selesa. Surau ini juga telah boleh digunakan oleh semua warga UiTM dan pelawat yang berkunjung ke PTAR.

Lokasi surau : Aras 5, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

PTAR sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang kondusif terutama kepada warga UiTM.

PTAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang kepada kemudahan perpustakaan. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik para penyumbang dan sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama