28 Mac 2023 (Selasa), PTAR telah berkunjung ke Jabatan Penerangan Negeri Selangor bagi mengadakan pertemuan dan perbincangan untuk mencari peluang kerjasama dan kolaborasi kedua-dua pihak.
Pertemuan ini bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama dan kolaborasi yang sesuai dan memenuhi kehendak serta keperluan kedua-dua pihak. PTAR amat berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama ini sebagai rakan strategik dengan mengadakan pelbagai program yang bersesuaian dengan warga UiTM dan komuniti sekitar.
Diharap kerjasama ini akan diteruskan di masa akan datang. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Jabatan Penerangan Negeri Selangor kerana sudi menerima kunjungan dari PTAR.

.jpg)



Catat Ulasan