12 April 2023 | Rabu, PTAR berpeluang bertemu dengan salah seorang penulis dari THE PATRIOTS yang diundang untuk berkongsi tips dan ilmu mengenai penulisan artikel bukan fiksyen iaitu Encik Nur Helmi bin Afandi (Co-founder and Chief Content Officer The Patriots) dan turut disertai oleh team dari The Patriots. Peserta yang dijemput adalah staf PTAR yang bertanggungjawab mengendalikan sosial media.
Topik-topik yang dikongsi juga amat menarik, antaranya bagaimana menggunakan media sosial sebagai marketing; asas penulisan artikel bukan fiksyen dan personal branding di sosial media. Tahniah kepada staf PTAR yang berjaya mendapatkan buku-buku hasil penulisan Encik Nur Helmi secara percuma, hasil daripada aktiviti yang dijalankan dalam kelas ini. Bertuah betul!
THE PATRIOTS juga telah membuka booth jualan buku-buku terbitan mereka di ruang Library Community Engagement (LCE), Aras 3 PTAR UiTM Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada semua pengguna perpustakaan yang menyokong dan membeli buku terbitan THE PATRIOTS!
Terima kasih Encik Nur Helmi dan team THE PATRIOTS untuk ilmu yang dikongsikan!
Catat Ulasan