11 April 2023 | Selasa - Seramai 24 orang staf PTAR telah bersama-sama menjayakan Program Rewang Ramadhan Perdana UiTM 2023 yang diadakan di perkarangan parkir Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.


Program ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UiTM YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, disamping mengiringi pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros.


Sebanyak 8 buah periuk bubur lambuk berjaya dihasilkan atas kerjasama dari 21 PTJ UiTM yang terlibat. Agihan bubur lambuk juga turut diedarkan melalui wakil setiap jabatan oleh staf yang telah ditugaskan.
Terima kasih "Keluarga Besar UiTM".
❤️

Post a Comment

Terbaru Lebih lama