3 April 2023 (Isnin) - Satu mesyuarat Audit Dalam Bil.1/2023 telah diadakan di bilik seminar PTAR yang dihadiri oleh staf perpustakaan selaku auditor dan auditee di setiap jabatan/bahagian di PTAR. Sesi audit ini akan dijalankan bermula 3-7 April 2023.
Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pustakawan dan Pembantu Pustakawan yang terlibat dalam sesi audit kali ini. Sebagai pembukaan mesyuarat, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan selaku wakil pengurusan dan Ketua Jabatan Pengurusan Perpustakaan telah memberikan ucapan dan pemakluman yang berkaitan dengan proses audit dalam yang akan dijalankan.
Beliau berharap hasil dari audit dalam ini, ia dapat menambahbaik proses kerja di PTAR supaya lebih efisien dan mencapai piawaian yang ditetapkan. Ini kerana, audit dalam ini akan diperluaskan ke perpustakaan cawangan UiTM mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Puan Siti Aishah binti Sadan (Pustakawan Kanan) selaku Ketua Sistem Audit juga telah menerangkan pelan dan skop audit bagi sesi kali ini kepada semua para auditor dan auditee yang terlibat.
Selamat ber-audit semua!
Catat Ulasan