Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) amat berbesar hati kerana telah terpilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023 yang dijangka berlangsung pada bulan Oktober ini.


Satu mesyuarat antara PTAR dan InQKA telah diadakan pada 14 April 2023 dan dipengerusikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi bin Hi. Jantan. Turut hadir bersama adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan), Puan Siti Aishah Sadan (Pustakawan Kanan/ Ketua Unit Kualiti) dan Puan Nurul Farihah binti Sarmin Panut (Pustakawan Kanan/ Pengerusi KIK PTAR).

Wakil dari pihak InQKA adalah Prof. Madya Ts. Dr. Ing Shahrul Azam Abdullah (Pengarah Pengurusan Kualiti, Inovasi dan Kecemerlangan Operasi) dan Dr. Nik Azlin binti Nik Ariffin (Ketua Unit Kecemerlangan Operasi dan Inovasi).

#uitmdihatiku

#libraryforall

#kik

#inovasi

Post a Comment

Terbaru Lebih lama