Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah diberi peluang untuk bekerjasama dalam program Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 27-28 Mei 2023 bertempat di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam.

Festival anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pejabat Menteri Besar Selangor ini juga turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, antaranya :
1. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
2. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS)
3. Majlis Debat Universiti Malaysia
4. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
5. Pejabat Pendidikan Daerah Shah Alam
6. Pejabat KEMAS Negeri Selangor
7. Management and Science University (MSU)
8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
9. Kolej Vokasional Shah Alam

Dalam festival ini, PTAR telah diberikan peranan dalam menjayakan Forum Semarak Jawi yang diadakan pada 27 Mei 2023. Panel yang diundang adalah Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz (Timbalan Dekan Akademik dan Pelajar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM) dan Prof. Madya Dr. Salmah Jan Noor Muhamad (Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM). Moderator pula adalah dari UiTM iaitu Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin (Pensyarah Kanan, Perangsaraf Media dan Informasi, Kolej Pengkomputeran Informatik dan Media, UiTM).



Dalam forum yang bertajuk "Tulisan Jawi Membina Peradaban Bangsa" ini, ahli panel telah berkongsi ilmu mengenai sejarah tulisan jawi, cabaran serta kepentingan tulisan jawi di dalam komunikasi. Ahli panel juga turut mengupas isu mengenai pembudayaan tulisan jawi seperti di media sosial untuk menarik minat golongan muda.


Alhamdulillah, forum ini telah berjaya diadakan dan terima kasih diucapkan di atas penyertaan peserta dalam forum ini. Forum ini juga telah membuka mata dan telinga para peserta mengenai kepentingan tulisan jawi dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk mempelajari tulisan jawi.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama