Pihak pengurusan dan warga perpustakaan UiTM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada lima orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah dianugerahkan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (IM770) oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-96 pada 24 Mei 2023.



Mereka terdiri daripada:
1. Puan Hanani binti Rojikin
2. Puan Nor Azwani binti Mohamad
3. Puan Nur Rabita binti Rouzan
4. Puan Nurul Farihah binti Sarmin Panut
5. Cik Nurul Nadiah binti Harun
Diharap dengan kejayaan ini, ia dapat dijadikan sebagai pemangkin semangat kepada staf bagi menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.


Sumber gambar : Dari sosial media dan sumber dalaman.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama