Mewakili seluruh warga perpustakaan UiTM, ingin mengucapkan Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2023 kepada semua yang bergelar 'Pustakawan' di seluruh Malaysia.
Segala ilmu dan kemahiran pustakawan sentiasa dihargai dalam memastikan penyediaan setiap perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan serta maklumat yang disampaikan kepada pengguna perpustakaan adalah tepat dan bersesuaian bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran universiti.
Tema pada tahun ini adalah "Masyarakat Digital Madani : Peluang Memacu Perubahan" dilihat sebagai salah satu peranan pustakawan dalam perubahan ke arah pendigitalan terutamanya pendedahan di kalangan masyarakat dan komuniti. Pustakawan perlu mempunyai daya cipta kreatif dan inovatif bagi manarik minat pengguna kepada perpustakaan. Kolaborasi/kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta juga dilihat penting bagi memastikan masyarakat dan komuniti tidak ketinggalan dalam era digital ini.
Jadi, selamat menyambut Hari Pustakawan Malaysia! Kita hebat!
Catat Ulasan