Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) telah dijemput menghadiri Bengkel Meja Bulat Bersama Alumni Pusat Pengajian Sains Maklumat (PPSM), Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM) yang telah diadakan di Bilik Seminar, Pusat Pengajian Sains Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana pada 12 Julai 2023.

Bengkel ini bertujuan untuk mengumpul maklumbalas secara langsung dari wakil industri mengenai program-program akademik bidang Pengurusan Perpustakaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang ditawarkan di PPSM. Selain itu, ia juga bagi merangka penambahbaikan secara berterusan yang bertepatan dengan keperluan dan kehendak industri ke atas kandungan, kaedah pengajaran, penyampaian dan penilaian kursus-kursus.




Post a Comment

Terbaru Lebih lama