Pada 25 Julai 2023, satu lawatan balas Pengurusan PTAR ke atas Pengurusan Eksekutif INTEC telah diadakan bagi membincangkan perkembangan dan way forward hasil daripada lawatan INTEC ke PTAR pada 27 Jun 2023 yang lalu.


Lawatan balas ini telah diketuai oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan), Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan), Puan Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).


Pengurusan Eksekutif INTEC pula terdiri daripada Professor Dr. Roshayani binti Dato’ Arshad (Ketua Eksekutif INTEC Education College), Dr. Nor Bahiyah binti Omar (Direktor, Professional Accountancy Centre (PAC)), Prof. Dr. Ruhaini binti Muda (Ketua Pegawai Tadbir INTEC Education College) dan Encik Noor Fairuz bin Ibrahim (Ketua Strategi Korporat & Pembangunan Perniagaan) serta wakil perpustakaan INTEC iaitu Puan Marzatul Azna binti Mohamad Nor (Pengurus Perpustakaan INTEC).




Wakil Pengurusan PTAR juga sempat dibawa melawat persekitaran bangunan dan ruang di perpustakaan INTEC.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama