PROGRAM JAWI @ UiTM 2023 pada 7 julai 2023 anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Naib Canselor, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) serta Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP) telah berjaya dengan jayanya.




Program ini dimulakan dengan Diskusi Jawi bertajuk "Kupasan Pada Penulisan Jawi Dalam Manuskrip Jawi". Kemudian, diikuti dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Azri bin Aripin (Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM). Turut hadir, Ts, Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pustakawan).





Majlis peramsian in juga turut diserikan lagi dengan penyampian hadiah bagi pertandingan penulisan jawi dan cabutan bertuah. Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Suhaimi bin Azman (Pembantu Pemuliharaan), Jabatan Arkib Universiti yang telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan penulisan jawi.









Terima kasih kepada team Mobile Library PTAR kerana telah membuka reruai sepanjang program ini. Terdapat juga pameran Manuskrip Tulisan Tangan al-Quran dan koleksi Karya Ulama Perempuan di alam Melayu.

Insyallah, kita berjumpa di program yang seterusnya.

#uitmdihatiku
#libraryforall
#MalaysiaMadani
#programjawi

Post a Comment

Terbaru Lebih lama