1 Ogos 2023 (Selasa) - Seramai 2 orang staf PTAR telah menghadiri Bengkel Seni Penulisan Wow! ”Tak kenal Maka Tak Cinta” yang dianjurkan oleh Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Asmah binti Sabtu (Pustakawan Kanan) dari PTAR UiTM Shah Alam dan Puan Siti Haidah Md Aziz (Pustakawan Kanan) dari PTAR UiTM Melaka, Kampus Bandaraya Melaka.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UTeM yang juga merupakan seorang penulis yang berpengalaman luas lebih 20 tahun bidang penulisan. Beliau juga telah memenangi Anugerah Buku Negara tahun 2016, 2017 dan 2020 serta Anugerah Buku UNESCO tahun 2020.
Seramai 42 orang peserta telah menyertai bengkel ini dari pelbagai institusi. Antaranya adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Multimedia (MMU) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Peserta telah diajar bagaimana teknik-teknik penulisan yang betul mengikut format penulisan serta tips penulisan untuk menjadikan penulisan tersebut Wow!
Bengkel ini juga dapat memupuk minat peserta terutama dalam bidang penulisan serta dapat membudayakan penulisan di kalangan masyarakat.
Catat Ulasan