2 Ogos 2023 (Rabu) - Satu majlis menandatangani Memorandum of Collaboration (MOC) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pustaka Negeri Sarawak telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2, UiTM Cawangan Sarawak.

Majlis ini merupakan detik bersejarah antara kedua-dua belah pihak, dimana ia bermula dengan Kunjungan Hormat Ketua Pustakawan UiTM kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak pada 7 Disember 2022 yang pada ketika itu diketuai oleh Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman (Mantan Ketua Pustakawan UiTM).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri bin Haji Abdullah (Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), bagi mewakili UiTM dan disaksikan oleh Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan, (Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan). Manakala pihak Pustaka Negeri Sarawak pula diwakili oleh Tuan Haji Japri bin Bujang Masli (Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak) dan disaksikan oleh En. Wan Mazli bin Wan Razali (Ketua Pegawai Maklumat, Pustaka Negeri Sarawak).


Turut hadir bersama adalah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak iaitu YBhg. Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Mohammad Isa Mohamadin dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak iaitu YBhg. Datu Dr. Haji Sanib Haji Said serta Barisan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Negeri, Ketua Pusat Pengajian UiTM Cawangan Sarawak, Warga UiTM Cawangan Sarawak dan Agensi Kerajaan yang dijemput.




Diharap selepas termeterainya MOC ini, lebih banyak ruang dan peluang dalam menjalankan program usahasama bagi memastikan peranan dan fungsi perpustakaan akademik dan perpustakaan negeri dapat disumbangkan kepada komuniti.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama