Shah Alam, 10 Ogos 2023 - Satu perjumpaan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) telah diadakan di PTAR yang dihadiri oleh Encik Hasmi Hamidan (Pengerusi), Encik Azhar Abdul Shukor (Setiausaha Kewangan) dan Encik Rosedan Mat Ami (Naib Presiden Klasifikasi Pertanian).


Mereka juga telah dibawa melawat persekitaran perpustakaan oleh Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi). Ts. Hj Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan) juga berkesempatan meluangkan masa dan bertemu dengan mereka.
Terima kasih diatas kesudian Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am) berkunjung ke PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama