Program PTAR Merdeka diteruskan dengan Program Bicara Menyoroti Kemerdekaan yang diadakan di Library Community Engagement, PTAR UiTM Shah Alam.
Panel jemputan yang diundang bagi program ini adalah Dato' Dr. Ghazali bin Dato' Mohd Yusoff, Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) dan moderator Dr. Abdul Aziz bin Azizam, Pensyarah Kanan, Komunikasi Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Dato' Dr. Ghazali telah berkongsi pengalaman mengenai kemerdekaan. Beliau juga berkata betapa pentingnya untuk tanamkan kesedaran kepada diri sendiri tentang makna kemerdekaan dan kita juga perlu ada disiplin, nilai dan pengetahuan dalam diri sendiri.






Selesai sesi program bicara, majlis diteruskan pula dengan Deklamasi Puisi bertajuk Negaraku, yang disampaikan oleh pelajar Latihan Industri, Saudari Nur Farzana binti Zaidi, pelajar Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL). Dato' Dr. Ghazali juga sempat menyampaikan satu sajak ringkas berbahasa Inggeris yang pernah beliau hasilkan. Program berakhir dengan nyanyian lagu patriotik kemerdekaan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera jalur gemilang.








Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis, Saudari Nur Wafa Wardina binti Abdul Khalid Khan, pelajar Diploma Pengurusan Maklumat, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) yang juga merupakan pelajar Latihan Industri di PTAR.

Terima kasih diucapkan kepada semua staf perpustakaan yang telah bersama-sama menghadiri program ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama