Shah Alam, 17 Ogos 2023 - Satu sesi khas telah diadakan secara atas talian yang disampaikan oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan). Sesi ini telah dihadiri seramai 155 orang staf dari seluruh perpustakaan cawangan UiTM.

Sebelum beliau memberikan penerangan mengenai Paper Machine@UiTM, beliau memanfaatkan sesi ini dengan menerangkan halatuju perpustakaan dalam menuju Globally Respected 2024 yang terdiri daripada 6 Pillars of Globally Respected. Beliau mohon semua pustakawan perpustakaan cawangan mengambil peranan masing-masing dalam memperkasakan halatuju ini.


Ts. Hj. Azizi telah memberikan penerangan mengenai Paper Machine@UiTM sebagai pendedahan kepada semua pustakawan. Paper Machine ini akan diperluaskan kepada semua cawangan bagi membantu meningkatkan hasil penulisan dan penyelidikan universiti.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menghadiri sesi pagi ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama