Shah Alam, 18 Ogos 2023 - Bengkel Jom Canting Batik anjuran Persatuan Wanita UiTM (PEWANI UiTM) dengan kerjasama PTAR telah diadakan dengan meriah, bertempat di Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Shah Alam. Bengkel ini telah disertai seramai 50 orang peserta.

Ketua Timbalan Pustakawan / Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan, Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan sempat meluangkan masa untuk melihat hasil canting batik yang telah dihasilkan oleh para peserta yang terlibat. Beliau diiringi oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan / Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi).





Encik Sumardianshah Silah (Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam) telah dijemput sebagai penceramah pada bengkel tersebut. Turut hadir, Puan Noor Afzan Zakaria, Setiausaha PEWANI UiTM.




















Post a Comment

Terbaru Lebih lama