1 November 2023, Rabu - PTAR telah menerima lawatan dari SMK Seksyen 19, Shah Alam, Selangor yang telah dihadiri seramai 88 orang yang terdiri daripada 8 orang guru dan 80 orang Pengawas Pusat Sumber sekolah.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengawas pusat sumber berkenaan pengurusan perpustakaan. Taklimat pengurusan perpustakaan dan kepakaran pustakawan telah disampaikan oleh Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan) dan Taklimat Sistem Perpustakaan Digital pula disampaikan oleh Encik Mohd Alfarabie bin Mohd Nasir (Pustakawan Kanan).
Selesai taklimat berkenaan, mereka telah dibawa melawat perpustakaan bagi memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk pengguna perpustakaan.
















Post a Comment

Terbaru Lebih lama