21 November 2023, Selasa - Program Kecerdasan Warga UiTM Unifit Aerobic 2U anjuran Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam telah berjalan dengan lancar bertempat di ruang legar Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS). Program ini amat bermakna dengan kehadiran Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin yang turut bersama-sama menyertai program ini.

Program ini dimulakan dengan aerobic bersama warga UiTM dan seterusnya aktiviti berbasikal di sekitar UiTM bersama Datuk Naib Canselor UiTM. Program ini amat penting disamping meningkatkan gaya hidup yang sihat di kalangan warga universiti.



Ibnu Majah ada meriwayatkan sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW ada bersabda:
"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas keyakinan (iman)."

Post a Comment

Terbaru Lebih lama