26 Jamadil Akhir 1445H | 8 Januari 2024
PTAR telah mengadakan satu perbincangan bersama Pengarah Institut Kepimpinan Pelajar, Profesor Madya Dr. Alwi Mohd Yunus bertempat di PTAR. Wakil PTAR yang turut hadir adalah Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan).
Hasil perbincangan ini, antara perkara yang telah diputuskan adalah mengenai slot selama 2 jam taklimat dan teknik pencarian maklumat yang perlu dimasukkan di dalam jadual Minggu Destini Siswa (MDS) bagi pelajar baharu dan mengenai sukarelawan di kalangan pelajar.
Disamping itu, Profesor Madya Dr. Alwi juga telah dilantik sebagai pakar rujuk PTAR dalam aspek pengurusan sistem dokumen dan rekod UiTM.
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
Catat Ulasan