23 Jamadil Akhir 1445H | 5 Januari 2024
Suatu perbincangan bersama Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa, Pensyarah Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik dan En. Abdul Rahman Naim Mat Ali, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) telah diadakan di PTAR bagi tujuan memperkasakan koleksi jawi di PTAR.
Wakil dari PTAR yang hadir adalah Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan/Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan), Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Puan Aznur Umiza binti Abu Kassim (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) dan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan).
Antara perkara yang dibincangkan adalah:
1. Perlantikan Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa sebagai Pegawai Khas bagi menjalankan inisiatif jawi dan Manuskrip Melayu di UiTM oleh Datuk Naib Censelor.
2. Profesor Madya Dr. Azman Mat Isa bersama KIRRM akan mengenalpasti institusi yang bergiat dalam jawi dan manuskrip bagi mendapatkan bahan, latihan dan program yang bersesuaian untuk memartabatkan jawi di UiTM sebagai identiti Melayu.
3. PTAR berperanan mengumpul dan membangunkan koleksi jawi dan manuskrip melalui jalinan kerjasama dgn Akademi Jawi Malaysia (AJM), Perpustakaan Negara MAlaysia (PNM) dan Arkib Negara Malaysia (ANM). Tindakan seterusnya adalah mengadakan perbincangan bersama PNM dan ANM. PTAR sebelum ini telah menjalinkan kerjasama dengan AJM bagi pembangunan koleksi dan aktiviti berkaitan jawi.
4. Memfokuskan pencarian dan pengumpulan hasil tulisan Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Datuk Naib Censelor sendiri amat mengagumi dan akan menggunakan ideologi beliau untuk membentuk adab dan budaya Islam di UiTM.
5. Mengadakan program dan aktiviti jawi di PTAR kerana lokasi yg strategik. Sekiranya program dan aktiviti yang berskala besar, Anjung Seri Budiman, Galeri dan Dewan Konsert Seri Budiman boleh dijadikan lokasi untuk program dan aktiviti tersebut.
Semoga dari perbincangan ini, semua perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik.
#uitmdihatiku #MalaysiaMadani #perpustakaanuitm #jawidanmanuskrip
Catat Ulasan