Ts Haji Azizi bin Haji Jantan bersama YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki 

4 Mac 2024 | 23 Syaaban 1445H

Kunjungan Hormat ke Pejabat Pengerusi MARA, Kuala Lumpur telah diadakan dan dihadiri oleh:
  1. Ts Haji Azizi bin Haji Jantan - Ketua Timbalan Pustakawan, Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan
  2. Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman - Pustakawan Kanan
  3. Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad - Pembantu Pustakawan Tertinggi. 
PTAR amat berbesar hati dengan perjumpaan bersama Pengerusi MARA YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki. Antara perkara yang dibincangkan adalah:
  1. Kerjasama aktiviti Pameran Warisan Bangsa yang akan diadakan di PTAR dan di Bangunan MARA.
  2. Penganjuran bersama PTAR dan MRSM (Bahagian Pendidikan Menengah) bagi mengadakan program Literasi Perpustakaan. 
  3. Penganjuran bersama program Komuniti di Perpustakaan Datuk Asyraf Wajdi. 
  4. Penganjuran program Live @ PTAR berjudul "MARA Jejak Warisan Bangsa". 
Dalam pertemuan ini juga, PTAR juga amat berbesar hati dapat berkongsi risalah-risalah dan koleksi-koleksi Almarhumah Hajjah Khadijah binti Abdul Rahman atau dikenali sebagai Tok Guru Hj Joh di Kelantan atau Mak Jang di Pahang yang merupakan anak kepada Tok Selehor dan merupakan moyang YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki dan antara ulamak Kelantan yang tersohor sezaman dan bersahabat dengan Tok Kenali.



Post a Comment

Terbaru Lebih lama