3 Mac 2024 | 22 Syaaban 1445H

Lawatan Naib Canselor UiTM ke Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah pada 3 Mac 2024 telah disambut oleh Puan Azizah Khasim (Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Kedah) bersama-sama dengan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Kedah serta staf perpustakaan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor Universiti Teknologi MARA diatas lawatan ini dan berkesempatan melihat pencapaian dan kejayaan perpustakaan serta dapat melihat demonstrasi penggunaan eView sebagai alat bantuan pengajaran bagi pelajar OKU penglihatan yang telah berjaya memenangi Juara Keseluruhan Inisiatif Kecemerlangan Operasi (OE) sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi & Kualiti UiTM 2023.

Terima kasih juga diucapkan kepada YBhg. Prof. Datuk atas idea penambahbaikan kepada alat bantuan ini dan akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Dalam lawatan ini juga, YBhg. Prof. Datuk ada mencadangkan untuk mendapatkan koleksi buku-buku tulisan jawi dari ulama-ulama Kedah dan tokoh-tokoh agama yang terkenal di Kedah.




Setiap cadangan dan tambahbaik yang diberikan akan diusahakan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna perpustakaan. Terima kasih YBhg. Prof. Datuk diatas lawatan ini.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama