4 Mac 2024 | 23 Syaaban 1445H
Lawatan Naib Canselor UiTM diteruskan pada 4 Mac 2024 iaitu ke Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang yang telah disambut oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar (Ketua Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang) bersama-sama dengan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Pulau Pinang serta staf perpustakaan.

Dalam lawatan ini, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA berpeluang mengetahui projek-projek yang akan dijalankan, antaranya adalah Rumah Ngaji dan kerjasama bersama Apple & Switch Malaysia. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar kepada para pelawat yang hadir.








Terima kasih YBhg. Prof. Datuk diatas lawatan yang bermakna ini.
Tahniah PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang ptaruitmcpp !

Post a Comment

Terbaru Lebih lama