14 Mac 2024 | 3 Ramadan 1445H
Satu perbincangan bersama Institut Kepimpinan Pelajar (IKP), UiTM bagi menganjurkan program bersama pelajar telah diadakan pada 14 Mac 2024 bertempat di Bilik Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk mengadakan program yang bersasarkan penglibatan para pelajar dari daerah Bagan Datuk, Tambun dan Lumut. Program ini akan diadakan di PTAR bagi memfokuskan aktiviti 3R iaitu Royal, Religion, Race serta Literasi Maklumat.

Perbincangan ini melibatkan wakil dari IKP iaitu:
1. Prof. Madya Dr. Alwi bin Mohd Yunus (Pengarah IKP)
2. Puan Nordiana binti Ibrahim (Koordinator Kepimpinan Pelajar)
3. Dr. Ezza Rafedziawati binti Kamal Rafedzi (Koordinator Kenegaraan)
4. Puan Najihah binti Azmi (Penolong Pendaftar)

PTAR diwakili oleh Ketua Pustakawan, Ts, Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) serta Puan Nurul Aida binti Noor Azizi (Pustakawan Kanan). Diharap segala program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.



Post a Comment

Terbaru Lebih lama