15 Mac 2024 | 4 Ramadan 1445H

Seramai 52 orang staf PTAR terdiri daripada wakil staf PTAR dan Jawatankuasa EKSA PTAR telah menghadiri sesi Road Tour Penjimatan dan Kecekapan Tenaga, anjuran Seksyen Pengurusan Tenaga, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) UiTM Shah Alam. Road tour ini telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, PTAR UiTM Shah Alam.





Taklimat selama satu jam ini yang telah disampaikan oleh  Ts. Zainol Asri bin Abdul Sani (Ketua Unit Mekanikal, Elektrikal, Tenaga, Komunikasi & AV (META)) dan Puan Rozana binti Mastar (Ketua Seksyen Pengurusan Tenaga), dimana mereka telah berkongsi maklumat terkini berkenaan pengurusan tenaga yang cekap dan berkesan serta menunjukkan data penggunaan tenaga di PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama