26 Mac 2024 | 15 Ramadan 1445H

Sesi Pemantapan Korporat & Kolaborasi PUiTM Siri 1/2024 telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Cisco Webex. Keutamaan kehadiran ke sesi ini adalah bagi staf yang menjalankan fungsi korporat dan moderator Aduan Maklum Balas Pelanggan (AMP) di setiap perpustakaan cawangan masing-masing.


Sesi ini fokus kepada:

1. Tatakelola korporat dan kolaborasi
2. Pengurusan aduan maklum balas pelanggan
3. Pengurusan penulisan dan penerbitan 

Sesi ini dikendalikan oleh Bahagian Korporat dan Kolaborasi, PTAR dan disampaikan oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan/Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi), Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan/Ketua Unit Perhubungan Awam) dan Puan Asmah binti Sabtu (Pustakawan Kanan/Ketua Unit Penerbitan dan Pemasaran). 

Sesi yang telah dihadiri hampir 80 orang staf ini, diharap dapat membantu dan menambahbaik hal ehwal korporat dan kolaborasi, menangani aduan maklum balas pelanggan dengan lebih berkesan serta meningkat penulisan dan penerbitan artikel di kalangan staf perpustakaan.

Sesi ini akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan maklumat-maklumat terkini yang perlu disampaikan kepada semua yang terlibat.









Post a Comment

Terbaru Lebih lama