16 April 2024 | 7 Syawal 1445H

Satu perbincangan telah dijalankan antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Pengurusan Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA) berkaitan dengan program khidmat komuniti bersama pelajar sekolah di Negeri Selangor yang telah diadakan di Kolej Vokasional Shah Alam, Jalan Batu 3 Shah Alam.

PTAR telah diwakili oleh Puan Hani Liza binti Norfin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan/Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan), Puan Azura binti Mohamad Hashim (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Puan Siti Salwa binti A.Rahman (Pustakawan Kanan).

Turut hadir bersama adalah staf dari PTAR Kejuruteraan, iaitu:
1. Encik Mohd Fitri bin Ruslan (Pembantu Pustakawan Tertinggi)
2. Encik Muhamad Afendi bin Manshor (Pembantu Pustakawan Kanan)
3. Puan Norsaliha binti Mad Mudin (Pembantu Pustakawan)
4. Puan Nur Fatin binti Tohar (Pembantu Pustakawan)

Perbincangan ini juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Yahya bin Shefee (Pengetua Kolej Vokasional Shah Alam (KVSA)), Puan Mastura binti Abdul Malek, Puan Norhazah binti Mungawan dan Puan Maisarah Hajar Aisyah binti Esa (Guru PSS) serta guru-guru yang sudi menyambut kedatangan pihak PTAR.

Antara perbincangan yang difokuskan adalah mengenai program khidmat komuniti bersama pelajar KVSA yang akan diadakan pada 2 Mei 2024 di sekolah negeri Selangor. Semoga program yang dirancang berjalan dengan lancar dalam usaha kearah pembudayaan ilmu di kalangan komuniti dan pelajar sekolah.








Post a Comment

Terbaru Lebih lama