23 April 2024 | 14 Syawal 1445H


Program Jom Baca bersama 10 Minit pada tahun 2024 membuka tirai pada 23 April 2024 di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan Ulasan Buku oleh 8 orang Pelajar Latihan Industri bertempat di Ruang Library Community Engagement, Aras 3, PTAR UiTM Shah Alam.

Pelbagai genre buku yang menjadi pilihan antaranya subjek rohani, agama, bahasa dan kesihatan mental. Program Jom Baca ini akan berlangsung sepanjang minggu ini di lokasi seterusnya sempena Mobile Library , iaitu di Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Shah Alam pada hari ini, 24 April 2024 bersama warga universiti.

Perpustakaan UiTM sentiasa komited untuk memartabatkan pembudayaan ilmu dalam kalangan warga universiti dengan meraikan program galakan membaca serta aktiviti penulisan. Jom sertai kami sebagai tanda sokongan anda !

Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa.





Post a Comment

Terbaru Lebih lama