9 Mei 2024 | 30 Syawal 1445H

Satu Mesyuarat Penyelarasan Perasmian Dekad Bahasa Peringkat Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Daeng Perani, Muzium Sultan Alam Shah.


Mesyuarat anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBP Wilayah Tengah) telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Aris bin Haji Sahid - Kurator Kanan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah: 

  1. Puan Nurul Julia Alani Henry - Pengarah DBP Wilayah Tengah 
  2. Encik Saharuden bin Kamaludin - PADAT
  3. Encik Mohamad bin Ibrahim - DBP Wilayah Tengah
  4. Encik Zainal bin Mohd Jais - Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI) 
  5. Encik Ismail bin Supardi - KEMUDI 
  6. Encik Mohd Asri bin Mohammad - DBP Wilayah Tengah
  7. Puan Asmah binti Sabtu - Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Hasil perbincangan adalah seperti berikut: 

  1. Perbincangan lanjut penganjuran program PTAR bersama DBP Wilayah Tengah (2 program: Forum dan Pertandingan). 
  2. Perasmian Dekad Bahasa Kebangsaan akan diadakan di Auditorium Muzium pada 4 September 2024. 
  3. Perasmi majlis sama ada Menteri Besar Selangor atau Exco Negeri
  4. Sasaran peserta penjawat awam, pelajar IPTA, pelajar sekolah dinggarkan seramai 300 orang. 
  5. Pengisian program hari perasmian: Ceramah oleh Tokoh Bahasa, persembahan, tayangan video ulasan komuniti tentang bahasa.

Majlis Perasmian Dekad Bahasa Peringkat Negeri Selangor tahun 2024 akan dianjurkan oleh DBP Wilayah Tengah dengan kerjasama Muzium Negeri Selangor, PTAR UiTM, Pustaka Raja Tun Uda dan KEMUDI.

 


Post a Comment

Terbaru Lebih lama