Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (UPO) UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam mempelawa semua PTJ (Akademik/Fakulti/Kolej Pengajian) dan PTJ Pentadbiran terlibat sama dalam projek khas Inisiatif Pengumpulan Bahan Bacaan: Anda Cadang Kami BRAILLE kan.

Justeru itu, semua adalah dipelawa untuk mencadangkan beberapa buah buku (maksimum 3) untuk di Braille kan bagi tujuan penggunaan warga OKU Penglihatan. Cadangan buku boleh didaftarkan melalui link berikut: https://tinyurl.com/PenghasilanBukuBrailleUiTM2024.

Kami mengalu-alukan semua jenis buku seperti buku ilmiah, hiburan, buku cerita kanak-kanak, ensiklopedia, buku resepi dan sebagainya yang akan memberi manfaat kepada warga OKU Penglihatan. Buku-buku tersebut mestilah buku yang mempunyai had usia maksimum 10 tahun atau diterbitkan pada 2014.

Projek ini BERMULA 13 MEI 2024 (Isnin) SEHINGGA 16 MEI 2024 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. Surat penghargaan akan diberikan kepada yang terpilih.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama