10 Jun 2024 | 3 Zulhijjah 1445H
PhD Clinic@PTAR bersama Konsultan Dr. Masitah Ahmad telah dijalankan secara atas talian melalui platform Microsoft Team pada jam 2.30 petang yang dihadiri oleh pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam.
Sesi ini dikendalikan oleh Bahagian Sokongan Penyelidikan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan. Program ini terbuka kepada semua pelajar Pascasiswazah UiTM. Permohonan boleh dibuat melalui sistem ekkm di Mobile App@PTAR.
Semoga dengan adanya perkhidmatan ini dapat membantu para pelajar untuk Graduate on Time (GoT) selain dapat meningkatkan ilmu literasi dikalangan pelajar serta menyumbang kepada aktiviti pembudayaan ilmu.
Catat Ulasan