10 dan 11 Jun 2024 | 3 - 4 Zulhijjah 1445H


Teaching Library Siri 3 & 4 merupakan kesinambungan dari Siri 1 & 2 yang telah berjaya dijalankan pada bulan Mei 2024.

Pada siri kali ini, para pelajar didedahkan dengan situasi sebenar sebagai seorang Pustakawan Rujukan dalam memberikan khidmat konsultasi kepada pengguna perpustakaan. Antara topik yang disampaikan kepada para pelajar ialah proses sesi konsultasi dan pencarian bahan menggunakan pangkalan data atas talian seperti ScienceDirect dan Web of Science.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh:
- Puan Norazlin Mohd. Yusof (Pustakawan Kanan, PTAR Alam Bina)
- Encik Muhammad Zaidie Bardan (Pustakawan Kanan, PTAR Sains & Teknologi)

Selain itu, para pelajar turut diberi peluang untuk merasai pengalaman sebagai seorang pustakawan rujukan yang sedang memberi konsultasi kepada pengguna.

Sesi ini turut dibantu oleh:
- Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli (Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Muhammad Farid Zulhilmi Zulkafli (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Muhammad Nur Azri Salmi (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan)
- Encik Mohd Syazwan Hamzah (Pembantu Pustakawan, Jabatan Perpustakaan Digital)
- Puan Ili Kaiyisah Abdul Rahman (Pembantu Pustakawan, Jabatan Pengurusan Perpustakaan)
- Cik Norhani Hafizah Ahmad Nor Hizam (Kerani, Jabatan Pengurusan Perpustakaan)
















Post a Comment

Terbaru Lebih lama