29 Julai 2024 | 23 Muharram 1446H
Siri ketiga ini merupakan penutup bagi Khidmat Komuniti dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Klang melibatkan 25 orang pelajar Tingkatan 6 dan 5 orang guru daripada lima buah sekolah yang terpilih iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, SMK Tinggi Klang, Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dan SMK Sungai Kapar Indah.
Siri ini dilengkapi modul yang disusun rapi dengan para peserta didedahkan kepada pelbagai teknik dan strategi untuk pengembangan diri dan kecemerlangan akademik melalui literasi maklumat dan kemahiran bacaan pantas.
Modul Literasi Maklumat dikendalikan oleh Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman dengan membantu pelajar mengembangkan kemahiran dalam mencari, menilai, dan menggunakan maklumat secara efektif. Pelajar turut diajar kaedah mengakses sumber maklumat yang sahih dan relevan untuk keperluan pembelajaran.
Seterusnya, Asas Bacaan Pantas dikendalikan oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya Shamsul Yuzli dan Encik Muhammad Farid Zulhilmi Zulkafli. Dengan kemahiran terbaharu ini, pelajar dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam membaca dan memahami bahan bacaan dengan lebih pantas.
Kami berharap program ini dapat memberi manfaat yang besar dan menyumbang kepada pembudayaan ilmu seawal di peringkat sekolah menengah untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Catat Ulasan