29-30 Julai 2024 | 23-24 Muharram 1446H

89 orang pelajar sekolah menengah dan guru menghadiri Bengkel Pengkarya Muda Daerah Klang anjuran Pejabat Pendidikan Klang dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak yang berlangsung selama dua hari.

Pengisian bengkel bertujuan untuk memantapkan ilmu pengetahuan murid-murid dan guru-guru sekolah menengah dalam bidang penulisan kreatif serta mengasah kemahiran penulisan calon-calon Pengkarya Muda Daerah Klang.

PTAR turut menyumbang usaha melalui slot Profesional Kepustakawan dan Hala Tuju Perpustakaan UiTM yang disampaikan oleh Puan Nor Azwani Mohamad serta Asas Bacaan Pantas selama 1 jam yang dikendalikan oleh Puan Siti Salwa A.Rahman dan Puan Nurul Aida Noor Azizi.

Pelajar dan guru memberi respon positif terhadap amalan pembudayaan ilmu oleh perpustakaan terutama pembangunan koleksi Khas Jawi, Canselor UiTM dan Sasterawan semasa sesi lawatan di akhir sesi.

Semoga peroleh manfaat untuk generasi muda untuk berkarya melalui kunjungan ke rumah ilmu ini.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa







Post a Comment

Terbaru Lebih lama