16 Julai 2024 | 10 Muharram 1446H
Program julung kali akan dianjurkan Ogos ini akan melakar satu lagi kolaborasi ilmu melibatkan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar untuk komuniti pelajar sekolah Parlimen Bagan Datuk, Perak. Mesyuarat pelarasan pagi tadi memperhalusi gerak kerja dan pembangunan modul khas untuk program ini yang dihadiri oleh Dr Alwi Mohd Yunus dan saudara Wan Aiman Salahuddin Wan Ahmad Azlan, Penolong Naib Yang DiPertua, Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Majis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam serta Bahagian Korporat & Kolaborasi PTAR.
Program bertujuan untuk memperkasa kemahiran literasi maklumat dalam kalangan komuniti sekolah bertitik tolak daripada budaya pembelajaran dan pemindahan ilmu dengan konsep yang sesuai dengan generasi muda kini.
Catat Ulasan