16 Julai 2024 | 10 Muharram 1446H

Saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki, Pelajar jurusan Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah) yang juga merupakan Penyelidik bebas Manuskrip Melayu selesai menjalani Latihan Sangkut di Jabatan Arkib Universiti untuk mendalami ilmu berkaitan kaedah penjilidan bahan selama 5 hari bermula 9 Julai hingga 15 Julai 2024. 


Ts. Haji Azizi, Ketua Pustakawan menyerahkan Sijil Penghargaan kepada beliau tengah hari tadi dan turut menerima sumbangan koleksi peribadi Aiman berupa manuskrip helaian Surah Al Imran ayat 21 hingga 26 dan 1 naskhah manuskrip Arab ditulis oleh ulama Jawi. 


Rezeki dipermudahkan usaha pembangunan koleksi Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak ini.Semoga bermanfaat untuk rujukan dan pengajian umat Islam. Insyallah






Post a Comment

Terbaru Lebih lama