19 Julai 2024 | 13 Muharram 1446H
Ceramah bertajuk Kesihatan Mental Dalam Kaedah Psikospiritual Islam telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd Azri Aripin, Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di Program Mau'izah anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bersama Bahagian Hal Ehwal Islam (BHEI), UiTM pagi tadi.
Antara intipati ceramah menekankan pembangunan insan serta terapi psikospiritual syarie merupakan salah satu usaha membantu menangani isu berkaitan kesihatan mental dalam kalangan masyarakat hari ini.
Islam mementingkan kestabilan mental untuk memastikan seseorang dapat melaksanakan kewajipan tuntutan agama dengan baik. Justeru itu, membolehkan seseorang untuk beribadat dengan khusyuk dan ikhlas.
Semoga program yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PTAR dan ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua. Insyallah.
Catat Ulasan