17 Julai 2024 | 11 Muharram 1446H

Tetamu dari PWB pagi tadi hadir untuk perkongsian ilmu berkenaan penyampaian perkhidmatan dan pembangunan koleksi yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Undang-Undang serta amalan terbaik dalam menyokong komuniti undang-undang UiTM.

Encik Ahmad Amiri Mohamad (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan) dan Puan Hanani Rojikin (Ketua Perpustakaan Undang-Undang) meraikan kehadiran Puan Rosnorzaini binti Rusli (Timbalan Ketua Pustakawan), Encik Idris bin Jamaluddin (Penolong Ketua Pustakawan), Puan Sofiah binti Khalid (Pustakawan Kanan), Cik Fatin Amirah binti Ramlan (Pustakawan) dan Encik Ahmad Luqman Hakim bin Mohammad Jaafar (Pembantu Pustakawan).
Lawatan juga berkesempatan melawat Perpustakaan Tun Abdul Razak dan disambut Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan dan melihat Pameran 39 Perpustakaan UiTM, perkhidmatan e-Views, Kiosk Statistik oleh DOSM dan akhir sekali di Koleksi Khas Jawi.
Semoga lawatan ini memberi manfaat dan kebaikan dalam perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama