16 Julai 2024 | 10 Muharram 1446H



PTAR selesai menyertai Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 Universiti Teknologi MARA (UiTM) anjuran Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) yang bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuhkan amalan Kecemerlangan Operasi di seluruh UiTM. Sesi berlangsung secara atas talian melalui platform Zoom pagi tadi yang turut dihadiri finalis semua Fakulti dan PTJ terlibat.

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan mengetuai pembentangan Kumpulan 6 Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM dan Kumpulan 10 Iaitu Projek Pengurusan Bakat Staf Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Semoga peroleh kemenangan dan hasil pencapaian projek ini akan memberi nilai tambah dan memenuhi objektif Kecemerlangan Operasi Universiti.





Post a Comment

Terbaru Lebih lama