23 Julai 2024 | 17 Muharram 1446H

Pemindahan ilmu kepada komuniti sekolah menengah daerah Klang anjuran PTAR Dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang bermula hari ini diikuti 2 siri lagi pada 24 dan 29 Ogos 2024. Program hari ini merupakan siri yang ke tujuh pada tahun ini dan akan bertambah pada bulan Ogos dengan penyertaan dari sekolah dalam dan luar negeri Selangor.

Sekolah terlibat hari ini adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, SMK Tinggi Klang, Kolej Tingkatan Enam Sri Istana dan SMK Sungai Kapar Indah.

Pelajar diberi tunjuk ajar pencarian maklumat, perkhidmatan uPustaka dan asas bacaan pantas oleh Pustakawan serta lawatan melihat pameran Penubuhan 39 Perpustakaan UiTM, koleksi Khas Jawi dan Canselor UiTM, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan.

Pengalaman ini diakui membuka mata pelajar dan guru untuk ilmu yang bakal digunakan di peringkat universiti kelak dan kenangan sepanjang hayat. Mereka kagum dengan peranan perpustakaan untuk membudayakan ilmu untuk warga UiTM dan komuniti.

Program hari ini turut dihadiri Wakil PPD Puan Ratna Sari Dewi binti Robat serta guru-guru sekolah terpilih.

Hasrat kami untuk membudayakan ilmu dan galakan membaca dalam kalangan pelajar sekolah disambut baik melalui kerjasama yang diberikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan akan diperluaskan ke daerah lain.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama