23 Julai 2024 | 17 Muharram 1446H

Program Literasi Maklumat untuk komuniti pelajar sekolah pertama kali diperluaskan ke sekolah luar negeri Selangor yang bakal dilaksanakan 2 hingga 4 Ogos ini. Seramai 44 orang Pelajar Tingkatan 3 dan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak akan menyertai program anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam. 

Mesyuarat Pelarasan telah dijalankan petang tadi melalui atas talian yang dihadiri oleh PTAR, HEP, MPP dan Puan Nuraishahtun binti Md Akhir (Guru Penasihat Majlis Pemimpin Pelajar SMKA Sultan Azlan Shah).

Insyallah program ini bakal menjadi projek rintis literasi maklumat komuniti sekolah rentas negeri yang pertama anjuran PTAR.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama