24 Julai 2024 | 18 Muharram 1446H
Peneraju dan Pengurus KPI/PI serta projek inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024 melibatkan Perpustakaan UiTM termasuk Perpustakaan Cawangan hadir pada hari ini di Bengkel Perancangan Strategik Sukuan 2/2024 dan Hala Tuju Perpustakaan UiTM 2030. Beberapa perkara telah dinilai dan dilihat semula untuk meletakkan Perpustakaan UiTM di landasan yang realistik serta mengambilkira tuntutan baharu dalam agenda pendidikan tinggi negara.
Agenda bengkel meliputi Kaji Semula dan Penyelarasan KPI dan PI, Penyeragaman dan Pemantauan Inisiatif Perpustakaan UiTM.
Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM dalam Ucapan Pembukaan beliau menggariskan pencapaian Inisiatif 2024 dan Halatuju Perpustakaan UiTM 2030 termasuk elemen strategik yang baharu bersesuaian dengan keperluan semasa.
Insyallah, Perpustakaan UiTM bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini dan meletakkan satu standard yang tinggi sebagai Perpustakaan Akademik terbaik negara pada masa akan datang. Memetik ucapan Datuk Prof Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM baru-baru ini iaitu, untuk merealisasikan hala tuju yang sama memerlukan kesungguhan, ketabahan, komitmen, kebersamaan dalam jiwa dan semangat semua pihak.
Catat Ulasan