23 Julai 2024 | 17 Muharram 1446H

Alhamdullilah, dipermudahkan lagi urusan pembangunan koleksi Khas Jawi dengan sumbangan 56 naskhah kitab oleh Saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki, Pelajar jurusan Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah) Universiti al-Azhar, Mesir.

Aiman hadir ke PTAR tengahari tadi untuk menyampaikan koleksi peribadi beliau antaranya salinan tulisan ayat Al Quran di atas daluang, anggaran usia dalam 180 tahun serta skrol Ijazah Toriqoh Al Bayumiyyah, dari Mesir yang mempunyai ribuan pengikut di serata tempat di Mesir.

Terima kasih Aiman sudi membantu Perpustakaan Tun Abdul Razak dan menyumbangkan masa serta tenaga. Semoga peroleh keberkatan dariNya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama