Hala tuju Rekod dan Keselamatan Universiti adalah keutamaan - Ketua Pustakawan UiTM

3 Julai 2024 | 27 Zulhijjah 1445H

Alhamdullilah Ketua Pustakawan, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Rekod dan Keselamatan Universiti Bil.1/2024 pada 3 Julai 2024 yang lalu di Jabatan Arkib Universiti bersama-sama sahabat -sahabat dari jawatankuasa tersebut.
Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menentukan dasar, hala tuju dan strategi berkaitan pengurusan rekod di peringkat universiti. Agenda ini dilihat akan meletakkan satu sasaran yang akan diperluaskan ke semua PTJ di UiTM serta satu standard pelaksanaan gerak kerja yang sistematik.
Insyaallah, mudah-mudahan hasrat ini akan direalisasikan oleh semua pihak yang terlibat melalui pelbagai strategi yang telah difikirkan sesuai untuk memelihara kepentingan rekod universiti.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama