11 Julai 2024 | 5 Muharram 1446H
Hari ini Ketua Pustakawan UiTM berpeluang melawat bangunan tersergam indah iaitu Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang. Antara ikonik dan pasti akan membuat sesiapa sahaja memandang seni bina indah bangunan ini. Terletak di lokasi strategik dan tumpuan umum serta memiliki aura tersendiri.
Alhamdullilah disambut mesra oleh tuan rumah, Dato Munasor Hj. Aliyasak, Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang. Misi hari ini pastinya membincangkan peluang kolaborasi dan perkongsian ilmu.
Leka memerhati koleksi peribadi Almarhum Sultan dan sejarah bandar Klang yang begitu indah dipelihara serta diterjemahkan untuk tontonan umum. Besar harapan kami agar kolaborasi ini menjadi salah satu lipatan sejarah perpustakaan pada tahun ini.
Insyaallah !
#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Catat Ulasan