13 Ogos 2024 | 8 Safar 1446H

Alhamdullilah, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM berkongsi ilmu dan pengalaman Perpustakaan UiTM kepada 52 orang guru media dalam sesi 𝑭𝒐𝒓𝒆𝒔𝒊𝒈𝒉𝒕 𝑺𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏 : 𝑺𝒄𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒐 𝑷𝒍𝒂𝒏𝒏𝒊𝒏𝒈 𝒂𝒏𝒅 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆 𝑳𝒊𝒃𝒓𝒂𝒓𝒚 sempena Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pusat Sumber Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Se Malaysia malam tadi di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur.

Kami percaya menyampaikan ilmu berupa kepakaran Pustakawan dalam usaha inisiatif pembudayaan ilmu, perpustakaan digital, Teaching Library, literasi maklumat warga universiti dan komunti sekolah akan memberi manfaat kepada bidang pendidikan negara.

Turut dikongsi bersama, pembangunan sistem CERDAS - Capaian Pantas, Perekodan Mudah dan Analisa Bahan Sepunya untuk kegunaan warga sekolah. Sistem ini mendapat sambutan positif warga SK Binjai, Meru, Klang dan bakal diperluaskan. Insya-Allah.

Terdahulu, sesi Speed Reading dikendalikan oleh Puan Nurul Aida Noor Azizi dilaksanakan pada sebelah petang memperkenalkan strategi serta teknik membaca yang berkesan dan berkualiti.

Semoga usaha Perpustakaan UiTM ini memberi manfaat kepada komuniti. Insya-Allah.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa







Post a Comment

Terbaru Lebih lama