13 Ogos 2024 | 8 Safar 1446H

Menurut Dato Dr Haji Adnan bin Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan kekal berusaha untuk memastikan penjawat awam bahagia dalam pada masa yang sama meningkatkan produktiviti yang disampaikan dalam Bicara Ilmu : Isu-isu Semasa Penjawat Awam pada pagi ini anjuran Kesatuan Kakitangan Umum UiTM dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak. Siaran secara langsung ini boleh dicapai melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=Gt7IFQ9t6i0

Hadirin turut meraikan Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024 yang akan disambut 17 hari lagi dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang di akhir program. 

Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM menyantuni Dato Dr. Haji Adnan bin Mat,Tuan Haji Zulkifli bin Mohamed (Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM), Encik Abdul Rahman bin Haji Nordin (Setiausaha Agung CUEPACS) dan Encik Saharudin bin Lin (Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) melihat keunikan koleksi pembangunan Koleksi Khas Jawi dan Pemikir Melayu di Aras 4 PTAR.

Diharap, bicara ilmu ini yang merentasi pelbagai latar belakang akan membawa pembudayaan ilmu kepada satu tahap yang lebih tinggi dalam kalangan penjawat awam dan komuniti.


#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa














Post a Comment

Terbaru Lebih lama