19 Ogos 2024 | 14 Safar 2024

Seramai 672 orang peserta menyertai International Student Invention Innovation Development Exhibition Competition (i-SIIDEC) 2024 sesi pagi tadi secara atas talian anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM Shah Alam.

i-SIIDEC 2024 menjadi salah satu platform bagi menggalakkan pelajar menghasilkan idea serta produk berunsurkan teknologi dalam bentuk prototaip. Melalui program ini, pelajar juga perlu membentangkan idea tersebut secara bersemuka (Business idea pitching) kepada wakil – wakil industri, agensi dan venture capitals untuk tujuan pengkormesialan dan peluang penjanaan.


Puan Wan Suraya Binti Sahabaludin, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Penilaian. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang juga merupakan pakar rujuk dokumen projek inovasi menyampaikan perkongsian ilmu beliau kepada peserta melalui platform atas talian yang dikendalikan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Semoga program ini akan menjadi landasan ilmu kepada mahasiswa ke arah inovasi cemerlang.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa






Post a Comment

Terbaru Lebih lama